Bolehlah
dikatakan, Pulau Mabul adalah satu lokasi wajib pergi walaupun sekali
dalam seumur hidup. Ia merupakan syurga yang membawa anda menyelami
kehidupan Bajau Laut sejurus sahaja bertolak dari jeti Semporna. Gah dek
kecantikannya, Mabul bukan sahaja telah menjadi terkenal kerana
kedudukannya yang berhampiran Sipadan, bahkan menjadi tumpuan para
penyelam dari seluruh negara yang tidak yang melepaskan peluang untuk
melihat batu karang terbaik di dunia. Pulau Mabul juga menjadi
persinggahan buat mereka yang ingin ke Pulau Sipadan tiada resort dibuka
di sana. Hanya 120 orang sahaja yang dibenarkan melawat Pulau Sipadan
dalam masa sehari. Ia adalah sebagai satu usaha untuk menjaga dan
memelihara kecantikan pulau tersebut. Lokasi inapan ialah Mabul Beach
Resort, Scuba Jeti Sipadan, Sipadan Water Village, Seaventures Big
Resort, Mabul Water Bungalow Resort, Mabul Resort dan Divers Mabul
Resort.
2. PULAU RAWA
Merupakan
pulau terumbu karang yang terletak di sebelah Pantai Timur Johor, iaitu
16 kn dengan menaiki bot dari jeti Mersing. Pulau ini tidak terlalu
besar tetapi menawarkan kawasan pantai yang bersih dan air laut yang
berwarna kebiruan. Jika berhajat datang ke sini, saya mencadangkan
menginap di Rawa Island Resort yang menyediakan kemudahan lengkap
seperti berkayak dan aktiviti snorkeling. Saksikan juga pelbagai
kehidupan marin dalam air yang dapat dilihat dengan begitu banyak di
sini.
3. PULAU MAMUTIK
Pulau
Mamutik terletak di Kota Kinabalu, kira-kira setengah jam perjalanan
dari Jesselton Point (dahulunya Terminal Feri Lembaga Pelabuhan Sabah).
Pulau Mamutik memiliki beberapa tarikan lain di Taman Laut Tunku Abdul
Rahman seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Sulug.
Sewa yang dikenakan bagi setiap bot yang mampu memuatkan kira-kira empat
hingga enam orang adalah antara RM100 dan RM200. Pulau Mamutik sering
dianggap kurang popular berbanding Pulau Sapi dan Pulau Manukan di
kalangan pelancong dek kerana kekurangan prasarana. Pun begitu, ia
adalah lokasi yang lebih ideal buat mereka yang ingin bersantai dengan
kurang kelibat manusia di sekeliling. Kafe-kafe kecil yang terdapat di
sini juga pasti mampu memberikan kelainan buat anda untuk merasai
makanan BBQ laut yang segar berlatarkan keindahan pulau.
4. PULAU PERHENTIAN BESAR
Semestinya
memiliki saiz lebih besar daripada Pulau Perhentian Kecil, Perhentian
Besaradalah lokasi sesuai untuk menatap keindahan lautan sekeliling
sambil membaca novel, berjemur atau sekadar menikmati makanan ringan
tepi pantai. Ia menawarkan bukan sekadar pakej snorkeling, malah
aktiviti merentas hutan turut disediakan. Penginapan yang disediakan di
sini juga lebih banyak berbanding dengan apa yang ditawarkan di
Perhentian Kecil. Antara yang boleh dipilih adalah Perhentian Island
Resort, Bubbles Dive Resort, Tuna Bay Island Resort, Coral View Resort,
Arwana Eco Resort dan banyak lagi.
5. PULAU SUSU DARA, SERINGGI (PERHENTIAN KECIL)
Kebiasaanya,
mereka yang menginap di Pulau Perhentian pasti tidak akan melepaskan
peluang untuk bersnorkelingdi Pulau Susu Dara. Terletak berhampiran
dengan pulau ikoik perlancongan negeri Terengganu, pulau ini terdiri
daripada beberapa gugusan pulau kecil iaitu Pulau Susu Dara, Pulau Susu
Dara Kecil dan Pulau Tokong. Perairan birunya cukup jernih sehingga anda
mampu melihat ke dasar lautan, kelibat ikan-ikan bermain serta
keindahan batu karang yang berwarna-warni. Justeru, maka tidak haianlah
jika lokasi ini sering menjadi port tumpuan snorkeling dan selam skuba.
Buat
sesetengah pelancong, pastinya Pulau Seringgi (juga dikenali dengan
nama Pulau Serenggeh) jarang sekali kita dengar. Pun begitu, buat agensi
perlancongan, Pulau Seringgi pasti anda diselitkan dalam pakej satu
hari bersnorkeling di pulau ini dan Pulau Rawa. Seperti Pulau Susu Dara,
ia merupakan syurga buat para pencinta lautan untuk menghabiskan masa
pecutian indah mereka di Pulau Perhentian. Pada kebiasaannya, aktiviti
di Pulau Seringgi diadakan pada waktu pagi sebelum bergerak ke lokasi
snorkeling yang seterusnya. Buat mereka yang ingin menanam minat
snorkeling di kalangan anak-anak, di sinilah lokasi yang sesuai kerana
pasti dengan kemunculan ikan Nemo bakal mencari tumpuan mereka untuk
bersnorkeling di sini.
Lokasi
Selera iaitu terdapat beberapa pilihan lokasi selera buat anda pilih.
Kebanyakannya terletak di Coral Bay seperti Ewan's Cafe, Matahari
Restoran, Shari La, Senja, Eat Maya,Amelia Cafe, Coral Bay dan Mama
Kitchen atau anda boleh memilih untuk berbabeku bersama teman-teman.
Lokasi
Inapan ialah Matahari Chalet, Mira Chalet, Moonlight Chalet, Petani
Beach Chalet, Rajawali Island Resort, Tanjung Langan Chalet, Simfoni
Chalet, Cempaka Chalet, Coral Bay Chalet, DJ Chalet, D'Laggon Chalet,
East West Chalet, Impaini Tropical Resort, Long Beach Inn, Senja Bay
Resort, Oh La La Chalet, Mohsin Chalets Aur Beach Chalet, Bubu Long
Beach Resort dan Butterfly Resort.
6. PULAU LAYANG-LAYANG
Pulau
buatan manusia yang dianggap syurga buat para penyelam skuba. Terletak
kira-kira 300km di sebelah barat laut Kota Kinabalu. Pulau Layang-Layang
bukan pulau tropika yang dipenuhi pokok-pook seperti pulau lain.
Asalnya ia adalah pangkalan marin yang kini dibuka untuk para pelancong
melakukan aktiviti selam skuba. Tiada pokok kelapa, pasir memutih atau
pepohon rendang di sini. Namun, di sekeliling anda adalah air laut
berwarna biru kehijauan yang sungguh cantik. Semestinya ia merupakan
destinasi impian buat kaki selam kerana terdapat 12 lokasi menyelam di
sekeliling pulau.
7. PULAU SAPI
Merupakan
salah sebuah pulau di antara lima buah pulau di Taman Marin Tunku Abdul
Rahman, kira-kira 15 minit menaiki bot dari Kota Kinabalu. Dikatakan
sebagai antara pulau tercantik di Sabah. Anda boleh datang ke sini sama
ada dari jeti Jesselton atau Sutera Harbour. Saya mencadangkan supaya
anda menempah pakej lawatan sehari ke sini untuk mani-manda di air
lautnya yang jernih dan berwarna kebiruan. Pakej setengah hari di sini
biasanya menawarkan sekali sesi makan tengahari jadi ia lebih
memudahkan.
8. PULAU GEMIA
Pulau
berbatu yang terletak hanya beberapa ratus meter dari Pulau Kapas di
Terengganu. Amat sesuai untuk anda yang datang berblan madu atau bersama
teman rapat untuk melihat keindahan lautan untuk sekelilingnya.
Berbanding Pulau Kapas, lokasi ini agak tersembunyi dan sesuai untuk
mereka yang tidak gemar kawasan pulau yang padat dengan manusia. Hanya
terdapat satu resort di sini iaitu Gem Island Resort. Kebanyakan bilik
di sini menyediakan ruang balkoni yang memaparkan permandangan laut yang
indah. Anda mesti cuba sesi rawatan spa di sini yang cukup terkenal di
kalangan pelancong serta aktiviti kayak dan snorkelingkeliling Pulau
Gemia.
9. PULAU TENGGOL
Pulau
Tenggol terletak di 14 batu nautika di luar pantai perkampungan nelayan
yang tenang di Kuala Dungun, Terengganu. Untuk ke sini, perjalanan
mengambil masa kira-kira sejam dari Jeti Kuala Dungun. Terkenal di
selatan Taman Laut Terengganu, Pulau Tenggol memperlihatkan beberapa
lokasi snorkeling dan selam skuba yang menarik seperti Pulau Nyireh,
Tokong Timur, Tokong Burung dan Tokong Talang dan Tokong Laut. Pulau ini
turut menyediakan kemudahan buat para tetamunya untuk menjalankan
aktiviti snorkeling, menyelam skuba, merentas hutan atau bersantai
berhamparkan hanya berjemur pantai pasir putih di bawah sinaran
matahari. Tenggol Island Beach Resort dan Tenggol Island Beach Resort
& Spa merupakan dua resort yang beroperasi di sini.
Info
Menarik ialah Pulau Tenggol menjadi laluan migrasi jerung paus yang
biasanya bermula dari Ogos hingga Oktober setiap tahun. Ia
dinanti-nantikan oleh para penyelam kerana tidak banyak tempat di dunia
di mana jerung paus tinggal lebih lama di satu tempat yang tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan