PERISTIWA DI STESEN KERETAPI
Kami
sampai di stesen keretapi Tanjung Pagar pada waktu malam. Alangkah
terkejutnya kami apabila kami dapati ibu saya Junaidah sudah lebih
dahulu sampai ke situ. Ayah saya semakin panik, dan saya terpaksa
disembunyikan.
Akhirnya
dengan tidak membuang masa, pak cik saya Sheikh Ali menyembunyikan saya
di bahagian tempat meletak beg. Tempat ini hampir menyentuh bumbung
keretapi. Saya terdengar suara pertengkaran antara ibu dan bapa. Ibu
saya tergesa-gesa menaiki keretapi yang belum bertolak itu, mencari
saya.
Agak
lama juga ibu mencari-cari saya tetapi tidak bertemu. Saya berasa
semakin takut. Akhirnya isyarat berbunyi menandakan keretapi akan
bertolak. Dari saat itulah saya terpisah dengan ibu kandung saya.
Setelah saya dewasa, saya dapat tahu yang ibu pernah berjanji akan
berusaha dan tidaka kan berputus asa untuk mencari saya. Akhirnya saya
tinggal di Pulau Pinang bersama nenek saya (Cik Mah) dan Pak Cik Sheikh
Ali. Saya tidak lama tinggal di Pulau Pinang, dan boleh dikatakan setiap
bulan nenek, Pak Cik dan saya ke Singapura menemui bapa. Ibu saya sudah
terpisah jauh membawa diri ke Jakarta. Kelakuan saya semasa bersekolah
di Pulau Pinang tidaklah begitu baik. Saya gagal dalam peperiksaan.
Nenek saya bertambah khuatir. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk
menghantar saya pulang ke Singapura.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan