TIMBUL RASA BOSAN DAN KECEWA
Hari
demi hari saya mula berasa bosan, dan saya menganggap seolah-olah ibu
tiri saya cuba bertindak sebagai ibu tiri yang sebenar kerana dia
mungkin merasakan yang saya adalah anak tiri yang tidak harus diberi
muka atau dimanja. Hati saya bertambah gundah, sesekali terasa juga
ingin menceritakan perkara ini kepada bapa, tetapi rasa takut menebal di
hati. Di saat-saat akhir sebelum ibu tiri bercerai dengan bapa saya,
barulah saya sedar yang perbuatan ibu tiri saya itu bukanlah satu
penyeksaan, tetapi itu adalah melatih disiplin diri. Mungkin kerana dia
sudah terlatih dan biasa dengan keadaan hidupnya bersama Tuanku Raja
Perak. Jadi tidak patutlah saya merasa tertekan ataupun teraniaya,
kerana dengan cara disiplin yang dilatihnya itu, maka kami
sekurang-kurangnya menjadi anak yang taat dan berdisiplin. Ini adalah
satu pengajaran yang baik yang belum pernah saya lalui sebelumnya.
Tetapi segala yang indah nampaknya tidak berkekalan. Inilah lumrah alam
dan kehendak Allah, tiada siapa yang dapat menentang kalau takdir sudah
menentukannya.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan