Kehidupan Di Boon Teck Road
Semasa
kecil saya bersama ibu dan ayah tinggal di Boon Teck Road. Ia adalah
satu kawasan perumahan bintang-bintang filem yang disediakan oleh
majikan. Ketika itu saya masih kecil dan tidak tahu apa yang berlaku di
sekeliling saya dan tidak ambil pusing langsung mengenai siapa yang
tinggal di situ. Kemudian saya difahamkan antara bintang-bintang filem
ternama yang tinggal di situ ialah S.Roomai Noor, Siput Sarawak dan
Kasmah Booty.
Saya
dapat menceritakan kisah-kisah yang berlaku kisah-kisah yang berlaku
semasa kecil di Boon Teck Road, hanya dengan mendengar cerita-cerita
daripada teman-teman bapa saya setelah saya dewasa. Jadi kesahihan
ceritanya adalah bersandarkan kepada penceritaan mereka, kerana ada
diantara mereka yang pernah menjaga dan memelihara saya semasa kecil.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan