Mempersembahkan MOHD.ZAIN DAN P.RAMLEE Sebagai LABU DAN LABI
Bintang Utama MARIANI UDO OMAR RAHMAH ALIAS
Bintang Pembantu SHARIFF DOL NYONG ISMAIL BABJAN SUPA'AT
Pelakon Undangan SALOMA SARIMAH AZIZ SATTAR ORKEST PANCHA SITARA ORKEST PUSPA RAYA
Cerita Asli S.KANDARISMAN
Screen Play S.SUDARMAJI
Dialog P.RAMLEE
Lagu-Lagu Ciptaan Dan Gubahan P.RAMLEE
Senikata S.SUDARMAJI
Orkestra P.RAMLEE ORKESTRA
Teknik Fotografi ABU BAKAR ALI
Director A.V.BAPAT
Rakaman Suara MUSTAFFA KAMAL
Rakaman Akhir KAM SIM BOON
Editor H.R.NARAYANA
Laboratory CHOU CHAN KOK
Processing WONG HONG PENG
Studio Manager KWEK CHIP JIAN
Pembantu-Pembantu Teraju S.SUDARMAJI
Fotografi YA'ACOB MAHMOOD
Suara YEO KEE JOK
Editing LEE THIAM YIAK K.K.RAM P.HARIDAS KASSIM MASDOR
Dikeluarkan Oleh VEE MENG SHAW
Teraju Utama P.RAMLEE A.M.N
Tahun Diedarkan: 1962 (Ogos)
Masa Tayangan: 1 Jam 40 Minit
Haji
Bakhil adalah orang kaya yang mempunya rumah besar, kereta cantik,
seorang isteri, seorang anak perempuan yang jelita serta dua orang gaji -
Labu dan Labi. Walaupun teruk bekerja dan selalu kena marah dan dimaki
hamun oleh Haji Bakhil namun Labu dan Labi tetap mahu bekerja d situ
kerana mereka terpikat dengan anak perempuan Haji Bakhil - Manisah. Labu
bekerja sebagai tukang masak dan kerja-kerja lain. Bagi Manisah, dia
terpaksa bekerja sebagai tukang jahit disebabkan Haji Bakhil begitu
kedekut. Duit lima sen macam roda kereta lembu. Walaupun Labu dan Labi
tergila-gilakan Manisah tetapi gadis tersebut tidak ada hati terhadap
mereka.
Perebutan antara Labu dan Labi terhadap Manisah berterusan yang mana ada ketikanya mereka bermusuhan dsebabkan cemburu. Sebagai orang gaji Labu dan Labi pada kebiasaannya tidur di serambi rumah dan sudah menjadi kebiasaan pula sebelum tidur mereka berangan-angan. Kali ini dalam khayalan mereka, Labi menjadi majestrik dan bertemu dengan Dr.Labu di restoran. Mereka berlagak dan cakap pun pelat Inggeris. Semasa memesan minuman mereka terperanjat kerana pelayan yang datang ialah Haji Bakhil - majikan mereka. Dr.Labu sudah terpikat dengan Sarimah yang telah memperagakan fesyen pakaian di restoran tersebut dan telah pergi bertemu dengannya di bilik. Kemudian datang pula majestrik Labu untuk bertemu dengan Sarimah bagi menyatakan perasaan hatinya. Dalam mereka merebut-rebutkan Sarimah itu, Labu dan Labi kembali ke alam nyata. Mereka bergaduh dan ini membuat Haji Bakhil nak angin dan memarahi mereka.
Labu dan Labi tidak serik-serik. Selepas itu mereka berkhayal lagi dan kali ini, Labu kata jadi orang kaya tidak berguna dia lebih suka tinggal dalam hutan. Tambahnya, dalam hutan hidup bebas boleh makan apa sahaja, boleh berkawan dengan binatang seperti monyet dan menjadi Tarzan. Dalam angan-angan mereka, Labu jadi Tarzan dan Haji Bakhil jadi monyet. Labu jadi Tarzan Malaya pakai keris. Tarzan 'fed-up' makan buah-buahan dan dia menyuruh monyetnya masak nasi dan buat sambal belacan. Labi pula jadi Harimau dan dia mahu makan Tarzan dan dengan itu terjadi pergaduhan. Pada realitinya, Labu dan Labi bergaduh sekali lagi yang mana menyebabkan Haji Bakhil marah dan mahu 'dilesengnya'. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malan, tetapi mata Labu dan Labi tidak juga mahu tidur dan pada kali ini terkeluar cerita dari Labi yang dia jadi koboi (gembala kuda) dan Labu pula jadi sheriff (penjaga keamanan). Dalam khayalan, mereka berada di sebuah 'saloon' di mana Labi menjadi koboi meminta air susu daripada pelayan bar (Haji Bakhil) dan kemudian Labu datang sebagai sheriff untuk menangkap Labi yang telah melakukan pembunuhan.
Labi menentang dan terjadilah tembak menembak yang mana di alam nyata mereka bertembak-tembak menggunakan tangan dan jari macam budak-budak. Sekali lagi Haji Bakhil mengamuk. Akhirnya Labu dan Labi tertidur. Dalam tidurnya Labu bermimpi menjadi kaya raya apabila mendapat harta rompakan yang tersembunyi dalam tempat rahsia di bawah tanah di dalam hutan. Dengan harta rompakan yang dicurinya Labu mewujudkan syarikat perniagaan yang diberi nama Haji Labu & Co Ltd. dan Labu kemudian menyuruh pembantunya pergi meminang anak gadis Haji Bakhil Bin Kedekut - Manisah.
Bila Haji Bakhil mendapat tahu yang datang meminang itu ialah untuk Labu, dia menolak. Dengan penolakan tersebut menyebabkan Labu marah lantas pergi menemui dukun untuk mengilmukan Manisah dengan mengasap dan menggantung gambar Manisah yang mana ini menjadikan Manisah pengsan. Dalam pada itu, Labi pergi ke gua bertemu dengan seorang pendita dan dia diberikan sebutir geliga hikmat yang banyak khasiatnya. Sementara itu, penyakit Manisah tidak juga sembuh-sembuh walaupun ramai dukun dan doktor datang mengubatinya. Tetapi dengan menggunakan geliga hikmat Labi berjaya menyembuhkan Manisah.
Kerana berhasrat menyembuhkan penyakit Manisah, Haji Bakhil pun mengahwinkan Manisah dengan Labi, tetapi Labu menghantar surat terbang menyatakan hasratnya untuk merampas Manisah darpada Labi. Dengan itu, Labi dan orang-orangnya membuat kawalan ketat dengan Labi menggunakan kapak, Haji Bakhil dengan senapang dan Labu pula menggunakan pengetuk. Labu menggunakan pengetuk tetapi da gagal digunakan kepada Labi dan Manisah disebabkan Labi ada batu geliga hikmat. Pertarungan berlaku antara Labu dan Labi dan sekali lagi pada realitinya mereka bergaduh di serambi hingga habis jahanam bantal-bantal yang mana pada kali ini Haji Bakhil menyiram air kepada mereka. Kemudian barulah mereka sedar yang perstiwa tadi sebenarnya adalah mimpi Labu.
ULASAN & KRITIKAN
Setelah berjaya dengan filem-filem arahannya di MFP, dengan lahirnya filem ini menampakkan kemerosotan P.Ramlee sebagai pengarah filem. Ternyata dengan pengarahannya ini P.Ramlee sudah kekeringan idea. Jika tidak ada lagu (terutamanya Bila Larut Malam) filem ini boleh dikategorikan sebagai yang terburuk pernah diarahkan P.Ramlee. Labu dan Labi bolehlah dianggap sebagai Laurel And Herdy (Si Gemuk dan Si Kurus) yang begitu popular bukan sahaja di Hollywood malah diseluruh dunia termasuk negara kita sendiri.
Walaupun pada zahirnya menampakkan kekeringan ilham dalam menghasilkan filem ini, tetapi pada hakikatnya tidak begitu. Ini disebabkan pada masa itu, keadaan di MFP sudah bercelaru kerana adanya perselisihan antara kesatuan pekerja filem dengan pihak majikan. Oleh kerana sesuatu yang sudah mengikut peraturan (kerja lebih masa tidak boleh. Itu tidak boleh ini tidak boleh. Ini telah diluahkannya dalam "Alii Baba Bujang Lapok") menyebabkan P.Ramlee kehilangan semangat untuk berkarya. Oleh kerana kontraknya dengan MFP masih ada maka terpaksalah P.Ramlee membuat filem mengikut keadaan dan suasana di MFP ketika itu. Hasilnya lahirlah filem iini yang boleh dianggap kemerosotan kreativitinya.
Begitupun juga apa yang dilaksanakan oleh P.Ramlee terhadap filem ini masih boleh mentertawakan. Lakonan P.Ramlee, M. Zain dan Udo Umar (kemudian terkenal sebagai Haji Bakhil). tetapi berjaya membuat penonton ketawa tidak kering gusi. Filem ini diilhamkan P.Ramlee daripada watak Laurel And Hardy (Si Gemuk dan Si Kurus). Perwatakan P.Ramlee bersesuaian dengan Si Gemuk tetapi M.Zain tidak menepati perwatakan Si Kurus. Kalau ditanya pada saya siapa yang layak. Jawab saya: "Mat Sentol".
IRAMA & LAGU
Hanya 2 lagu terdapat dalam flem ini:
Lirik: S.Sudarmaji
Muzik iringan: P.Ramlee Orchestra.
FAKTA & ANGKA

- Yang Mana Satu Idaman Kalbu (P.Ramlee & Saloma)
- Bila Larut Malam (P.Ramlee, Saloma & Pancha Sitara)
Lirik: S.Sudarmaji
Muzik iringan: P.Ramlee Orchestra.
FAKTA & ANGKA
- Filem pertama P.Ramlee berpasangan dengan Mohd Zain (M.Zain)
- Filem pertama P.Ramlee mengambil Mariani sebagai heroine dalam filem arahannya.
- Filem ini kali kedua P.Ramlee berpasangan dengan adik beradik sebagai heroine selepas Mariam dan Sa'adiah. Saloma menjadi heroine P.Ramlee dalam "Seniman Bujang Lapok".
- M.Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain Sharif lahir di Pulau Pinang tahun 1921 dan meninggal dunia pada 31 Januari 1967 semasa umurnya 46 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan