KERANA CEMBURU
Hidup
saya bersama bapa dan ibu tidaklah sentiasa aman, sering sahaja terjadi
pergaduhan antara mereka. Pergaduhan ini kerap berlaku kerana sifat
cemburu ibu saya Junaidah. Mungkin kerana ayah saya semakin popular dan
mempunyai ramai peminat dan sering diburu oleh gadis-gadis yang
tergila-gilakannya, membuatkan ibu saya merasa terpencil dan khuatir
dengan populariti ayah saya. Maklumlah ibu saya hanyalah pelakon
tambahan dan seorang penari di studio Jalan Ampas sahaja. Apabila kami
bersiar-siar, bapa saya sering mendapat perhatian daripada ramai
peminat, sedangkan ibu pula terasa yang beliau tersisih. Sayalah yang
sering menjadi mangsa di dalam pergaduhan itu. Bapa saya mempunyai satu
tabiat yang luar biasa, apabila bergaduh dengan ibu, dia akan
meninggalkan rumah dan bersiar-siar untuk melepaskan kesedihannya. Jadi
ibu saya akan melepaskan kesedihannya. Jadi ibu saya akan melepaskan
geramnya terhadap saya. Ibu akan mengurung dan memukul saya di dalam
tandas. Saya hanya dilepaskan setelah bapa pulang dan membuka pintu
tandas. Beliau kemudian akan membawa saya ke rumah Ahmad C, seorang
pelakon komedi dan penyanyi asal kumpulan Panca Sitara. Kemudian bapa
saya akan pulang dan menyambung semula pertengkarannya.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan