IBU DAN BAPA SAYA KAHWIN LAGI
Apa
yang saya ketahui, ibu saya telah pun berkahwin dengan seorang yang
juga berkecimpung di dalam industri muzik dan filem. Suaminya yang baru
itu bernama Harris seorang pengarah dan pencipta lagu. Kalau tidak silap
satu daripada lagu ciptaannya ialah "Kudaku Lari" sementara ayah saya
pula setelah sekian lama membujang, akhirnya berkahwin dengan seorang
bekas kerabat diraja Perak ibu Noorizan. Setelah berpindah semula ke
Singapura, saya tinggal bersama bapa dan ibu tiri saya, Noorizan.
Ketika
saya berusia enam tahun, barulah saya sedar dan mengerti dengan hakikat
bahawa ayah saya adalah seorang artis besar yang diminati ramai. Saya
mula merasa beruntung dan bertuah kerana menjadi anak tunggal P.Ramlee.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan