MALAY FILM PRODUCTION LTD.
Menghidangkan MOHAMAD ZAIN P.RAMLEE A.M.N NASIB SI LABU LABI
UDO
OMAR MARIANI IBRAHIM PENDEK S.SHAMSUDDIN MURNI SARAWAK HABSAH BUANG
S.SUDARMAJI ASMAON MOHD.HAMID JAMALUDDIN SARBAN SINGH HASSIM SALLEH
MUNSIE SALLEH
Biintang Undangan SALOMA SARIMAH ROSNANI DAYANG SOFIA AZIZ SATTAR AHMAD MAHMOOD OMAR ROJIK AHMAD NISFUCerita MAJI LEE
Jalan Cerita MAJI LEE
Jalan Bahasa P.RAMLEE A.M.N
Lagu-Lagu Dikarang Disusun dan Dipimpin Oleh P.RAMLEE
Tarian HABSAH BUANG
Fashion Kebaya RAJA ZAII DRESS MAKER
Senikata Lagu S.SUDARMAJI
Teknik Fotografi CHOU CHAN KOK
Art Director A.V.BAPAT
Editor H.R.NARAYANA
Rekaman Suara YAP POH KAI
Rekaman Akhir KAM SIM BOON
Pencetak Filem WONG HONG PENG
Studio Manager KWEK CHIP JIAN
Pembantu Teraju S.SUDARMAJI RAHMAN JAIS
Rekaman CHUA SOH THONG
Rekaman YEO KEE JOK
Editing HAYAT HARRIS P.HARIDAS LEE THIAM YIAK K.K.RAM
Continuity TAN QUEE SIM
Penerbitan SHAW VEE MENG
Teraju Utama P.RAMLEE A.M.N
Tahun Diedarkan: 1963 (April)
Masa Tayangan: 1 Jam 55 Minit
RINGKASAN CERITA
Isteri
Haji Bakhil meninggal dunia, Manisah, Haji Bakhil, Labu dan Labi
semuanya berdukacita. Haji Bakhil tidak lalu makan kerana asyik
mengenangkan isterinya. Begitu juga dengan Manisah. Tetapi bagi Labu dan
Labi walaupun bersedih pasal makan mereka tidak menolak. Segala habuan
Haji Bakhil habis mereka sapu hinggakan dia kelaparan. Selepas 40 hari
isterinya meninggal dunia, Haji Bakhil sakit kerana dia tinggal
keseorangan. Manisah pula susah nak tidur. Sementara itu, Labu dan Labi
terus bergaduh kerana merebutkan Manisah hingga sampai ke suatu
peringkat mereka terpaksa beradu kekuatan (boksing) di gelanggang kelab
boxsing. Labu menggunakan nama Rocky Labu manakala Labi pula pakai nama
Joe Labi. Sesiapa saja yang menang dalam pertarungan boksing itu, dialah
yang layak memiliki Manisah.
Pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi melarat sampai ke pusingan yang ke - 127 yang mana akhirnya bukan sahaja Rocky Labu dan Joe Labi yang K.0. tetapi juga pengadilnya. Selepas 100 hari pemergian isteri Haji Bakhil, Haji Bakhil mula bertukar kulit, lagaknya macam orang muda dia tak mahu pakai serban. Di pejabat Haji Bakhil & Co.Ltd, Haji Bakhil telah didatangi Cikgu Murni (guru sekolah anak-anak yatim) untuk membeli kain putih untuk kegunaan anak-anak yatim. Oleh kerana Cikgu Murni punya pasal dan sebab kesanggupan memberi gambar, Haji Bakhil menghadiahkan Cikgu Murni dengan 10 kayu kain putih. Dalam pada itu, Persatuan Anak-Anak Yatim masih kekurangan wang tabung dan keputusan telah dibuat dalam mesyuarat iaitu memunggut derma dari rumah ke rumah.
Dalam pada itu, Haji Bakhil terlalu rindukan Cikgu Murni dan sering memuja gambarnya. Kerana kebakhilannya Haji Bakhil hanya sanggup memberi seringgit sahaja kepada dua orang guru yang datang ke rumahnya untuk memunggut derma bagi Persatuan Anak-Anak Yatim, tetapi apabila Cikgu Murni yang datang menemuinya Haji Bakhil sanggup berhabisan hingga 1000 ringgit. Setelah serban sudah tak dipakai lagi dan setelah bertemu dengan Cikgu Murni, Haji Bakhil bertukar corak sama sekali. Dia memakai seluar pendek, bercermin mata hitam dan sanggup pula menukar kereta baru yang mana semuanya itu membuatkan Manisah curiga.
Sewaktu berkelah di pantai secara kebetulan pula Haji Bakhil bertemu dengan Cikgu Murni yang sedang membawa anak-anak yatim berkelah. Haji Bakhil kemudian diperkenalkan dengan Guru Besar, Cikgu Habsah. Dan dalam pertemuan di pantai itu, barulah Haji Bakhil tahu yang Cikgu Murni itu seorang janda beranak satu yang sangat melegakannya. Haji Bakhil kemudian telah diundang ke majlis perjumpaan Persatuan Anak-Anak Yatim dan kerana jasanya selama ini dia telah dihadiahkan dengan sekalung bunga dan dikalungkan pula oleh Cikgu Murni disamping diiringi dengan nyanyian lagu Allah Selamatkan Tuan Haji Bakhil begitu juga Cikgu Murni yang telah banyak membuat jasa terhadap kemajuan persatuan amal itu.
Di Malam Anekaragam, tidak disangka-sangka oleh Haji Bakhil turut diundang menjayakan malam tersebut ialah Labu dan Labi yang mana mereka telah mempersembahkan lagu dan tarian Aci-Aci Buka Pintu. Dalam peraduan Ratu Kebaya Cikgu Murni telah menang dan orang yang mengalungkan selepang ratu ialah Haji Bakhil dan dia jatuh pengsan apabila Cikgu Murni memintanya masuk meminang. Haji Bakhil mewakilkan Labu dan Labi pergi meminang Cikgu Murni dan dengan itu mereka terpaksa pergi bertemu dengan Pak Haji Kemetot. Bagaimanapun, Pak Haji Kemetot tidak bersetuju dengan peminangan tersebut. Labu dan Labi lari lintang pukang apabila dikejar oleh Pak Haji Kemetot dengan penyapu kontot.
Oleh kerana terpengaruh dengan tipu helah Labu dan Labi mengenai pergi meminang kali kedua, Haji Bakhil menyuruh mereka melarikan Cikgu Murni terus dibawa ke rumah Tok Kadi untuk dinikahkan dengannya. Di rumah Pak Haji Kemetot, Pak Haji Kemetot rasa tak sedap hati, berdebak gedebuk sedang tidur dan kerana kepanasan dia menyuruh Cikgu Murni tidur di biliknya manakala dia tidur di bilik Cikgu Murni.
Ketika Pak Haji Kemetot dan Cikgu Murni sedang tidur lena, Labu dan Labi datang lalu menculik Pak Haji Kemetot (pada sangkaan mereka Cikgu Murni) yang mana apabila sampai di rumah Tok Kadi keadaan menjadi kelam kabut apabila dibuka kain bungkusan yang muncul ialah Pak Haji Kemetot bukannya Cikgu Murni. Berikutan dengan itu, Haji Bakhil, Labu dan Labi telah didakwa di mahkamah. Mereka didapati bersalah dan didenda 500 ringgit setiap seorang atau dipenjara tiga bulan. Haji Bakhil membayar dendanya tetapi enggan membayar denda untuk Labu dan Labi. Oleh yang demikian terpaksalah Labu dan Labi merengkok dalam penjara.
ULASAN & KRITIKAN
Sungguhpun "Labu Dan Labi" memperlihatkan kemerosotan P.Ramlee dalam pengarahan filem tetapi filem yang menggunakan watak Labu dan Labi ini dan merupakan sambungan dar filem pertamanya itu, lebih baik dan lebih sempurna. Ceritanya sudah pijak ke bumi nyata tidak seperti "Labu Dan Labi" yang berada di alam khayalan. Ceritanya agak menarik dan para pelakonnya telah membawa peranan masing-masing dengan baik dan memuaskan. Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) yang diambil berlakon dalam filem ini buat pertama kalinya oleh P.Ramlee telah membawa peranannya sebagai Cikgu Murni tidak mengecewakan.
Pada keseluruhannya filem ini tidaklah seburuk "Labu Dan Labi" dan tetap menghibur dan menyeronokkan
IRAMA & LAGU
Hanya 4 lagu sahaja terdapat dalam filem ini:
FAKTA & ANGKA

- Barang Yang Lepas Jangan Dikenang (P.Ramlee)
- Aci-Aci Buka Pintu (P.Ramlee & Saloma)
- Sayu Pilu Kalbu Merana (Saloma)
- Tarian Silat Melayu (Saloma)
Ciptaan & Gubahan: P.Ramlee
Lirik: S.Sudarmaji
- Aci-Aci Buka Pintu yang terdapat dalam filem ini, iramanya turut digunakan oleh P.Ramlee dalam "Ali Baba Bujang Lapok" ketika 40 Penyamun sedang bersukaria dalam gua.
FAKTA & ANGKA
- Inilah siri kedua dan terakhir Labu dan Labi setelah "Labu dan Labi" yang diarahkan oleh P.Ramlee.
- Filem pertama P.Ramlee menggunakan A.M.N. di hujung namanya.
- Filem pertama dan terakhir Murni Sarawak berlakon dalam filem arahan P.Ramlee. Sebelum ini Murni Sarawak membintangi filem "Norlela" bersama Aziz Jaafar dan Sarimah yang diarahkan Dhiresh Ghosh.
- Murni Sarawak (anak Siput Sarawak) boleh dikatakan heroine filem ini tetapi P.Ramlee tidak boleh dikatakan hero. Oleh yang demikian ia tidak boleh disamakan dengan Neng Yatimah dan Rose Yatimah di mana P.Ramlee menjadi hero kepada dua anak beranak.
- Perlawanan boksing (boxing) ditirunya dari filem Charlie Chaplin - "City Light". Bagaimanapun, ia tidak seteruk filem ini hingga menyebabkan pertarungan antara Rocky Labu dan Joe Labi sampai ke pusingan yang ke-127 manakala Eddie Baker sebagai pengadil (refree) tidaklah seteruk S.Shamsuddin sebagai pengadil yang terpaksa tumbang bersama Rocky Labu dan Joe Labi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan