HIDUP BARU BERSAMA BAPA DAN IBU TIRI DI SINGAPURA
Setelah
saya dibawa pulang ke Singapura, dan setelah peristiwa bersama ibu di
studio Jalan Ampas berlalu, kami tinggal di sebuah rumah kepunyaan Shaw
Brothers di Yarrow Garden berdekatan dengan Jalan Singlap. Ketika itu
hidup kami agak istimewa, kerana ibu tiri saya Noorizan adalah seorang
yang kuat disiplinnya. Ini mungkin kerana beliau sudah terlatih ketika
di dalam istana. Kami dimanja, tetapi manja yang bertempat. Bapa saya
dilayan seperti seorang raja. Hidupnya diberi perhatian secukupnya,
mungkin inilah pertama kali bapa saya merasakan kebahagiaan sebenar
hidup sebagai suami isteri.
Saya
masih ingat sebuah kereta Holden yang dipandu oleh orang tua bernama
Wak Kimin. Kalau tak salah saya Wak Kimin adalah bapa mertua pelakon
veteran Omar Suwita. Wak Kimin setiap pagi akan menghantar bapa saya ke
studio, dan jika bapa tidak membuat pemggambaran di sebelah malam, maka
Wak Kimin akan membawanya pulang. Boleh dikatakan waktu bekerja untuk
bapa sentiasa terjaga dan ibu tiri saya tidak akan membiarkan bapa saya
bersembang-sembang kosong di studio. Kadang-kadang saya dapat merasakan
apa yang bapa rasakan. Dia mungkin merasakan seoalah-olah terkongkong.
Sebenarnya itu adalah satu disiplin yang baik, kerana ibu tiri saya
meletakkan bapa saya setaraf dengan kemasyhuran namanya.
Saya adalah anak kandung P.Ramlee, dan saya tidak mempunyai adik beradik, walaupun ada cerita mengatakan yang saya ada seorang abang atau adik (saya tak pasti) yang berada bersama ibu di Jakarta. Bapa sendiri tidak pernah menceritakan perkara ini semua kepada saya. Saya beranggapan, kalau sekiranya perkara itu benar tentu perkara ini akan diketahui sebelum bapa saya meninggal dunia. Walau bagaimanapun, hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui. Kami tinggal sekeluarga dengan aman dan ceria, kami ditemani oleh seorang pembantu rumah yang berasal dari Terengganu, kami memanggilnya dengan panggilan "Ngah". Beliaulah yang menjaga kami, menolong memasak, pergi pasar dan mengemas rumah.
Saya adalah anak kandung P.Ramlee, dan saya tidak mempunyai adik beradik, walaupun ada cerita mengatakan yang saya ada seorang abang atau adik (saya tak pasti) yang berada bersama ibu di Jakarta. Bapa sendiri tidak pernah menceritakan perkara ini semua kepada saya. Saya beranggapan, kalau sekiranya perkara itu benar tentu perkara ini akan diketahui sebelum bapa saya meninggal dunia. Walau bagaimanapun, hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui. Kami tinggal sekeluarga dengan aman dan ceria, kami ditemani oleh seorang pembantu rumah yang berasal dari Terengganu, kami memanggilnya dengan panggilan "Ngah". Beliaulah yang menjaga kami, menolong memasak, pergi pasar dan mengemas rumah.
Satu
perkara yang tidak menyeronokkan saya di rumah itu ialah saya dilayan
seperti seolah-olah hidup di dalam istana. Semuanya mengikut peraturan
dan undang-undang (sepertimana dalam filem bapa saya Tiga Abdul).
Pertama kali saya tidak boleh berbuat sesuka hati, semuanya mesti
meminta izin dripada ibu tiri Noorizan. Setelah pulang dari sekolah saya
dan adik-adik tidak dibenarkan keluar berkeliaran di jalan raya. Saya
dan adik-beradik yang lain juga tidak dibenarkan menganggu bapa ketika
makan, semasa dia membaca surat khabar, dan lebih-lebih lagi ketika dia
sedang berehat dengan isterinya. Apabila sampai waktu makan, saya
ditugaskan menyusun garpu dan sudu di atas meja. Setelah selesai, saya
dan yang lain akan duduk di bilik sehingga bapa dan ibu tiri saya
selesai makan barulah kami dipanggil keluar untuk makan.
Setiap
hari minggu, kerja saya akan bertambah, semua pokok-pokok bunga yang
ditanam harus disiram, dan najis-najis kucing juga terpaksa saya
membersihkannya. Perhiasan rumah terutama yang diperbuat daripada
tembaga, akan disuruh gosok atau gilap sehingga berkilat. Setelah semua
kerja-kerja telah beres, maka barulah saya diajak oleh Noorizan
mengikutnya ke pasar. Sekembali dari pasar, ada lagi kerja yang akan
saya buat. Jika dibeli taugeh dan petai, maka tugas sayalah yang memetik
taugeh dan mengupek petai. Begitulah kerja-kerja rutin atau kerja
seharian yang diberikan kepada saya.
Saya
mempunyai lima pasang baju sekolah (uniform), lima pasang seluar, lima
pasang stokin dan lima pasang kasut sekolah. Saya pun tidak tahu mengapa
saya mempunyai hanya lima pasang bagi setiap item itu. Semua pakaian
itu saya sendiri yang akan membasuh dan menggosoknya, walau pun kami
mempunyai orang gaji. Selepas pulang dari sekolah, saya akan makan
tengahari, kemudian berehat sebentar dan terus tidur. Saya akan
dikejutkan tepat jam empat petang, untuk minum petang da kemudian saya
dibenarkan ke padang untuk bermain sebentar bersama kawan-kawan di
sekeliling.
Kira-kira
jam lima petang, harus pulang ke rumah untuk menyiram pokok bunga.
Selepas maghrib seorang ustaz akan datang mengajar kami mengaji, dan
sebelah malam pula saya terpaksa mengulang kaji pelajaran sekolah. Tepat
jam sembilam malam kami harus masuk tidur dan lampu bilik pun
dipadamkan. Begitulah kehidupan saya seharian bersama ibu tiri saya
Noorizan.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan