PERKAHWINAN BAPA YANG KETIGA
Mak
Cik Saloma sering datang ke rumah dan saya selalu saja dibawanya
berjalan ke sana sini. Kadang-kadang saya agak rimas, kerana terpaksa
mengikut kemahuannya, kalau tidak, saya khuatir dia akan memberitahu
bapa. Saya sering dibelikan baju, pelbagai jenis mainan dan begitu juga
dengan adik beradik saya yang lainnya. Saya tahu ini semua bertujuan
untuk mengambil hati. Tetapi saya masih dengan pendirian saya, tidak
mahu bapa berkahwin lagi. Apabila dia menceritakan tentang mak cik
Saloma dan bercakap berkenaan rancangan beliau untuk berkahwin lagi,
saya akan berasa sedih dan kadang-kadang menangis.
Walaubagaimanapun,
sebaga seorang anak yang masih kecil dan tidak faham dengan perjalanan
hidup, saya tidak dapat berbuat apa-apa, hanya berdoa agar bapa saya
tidak melangsungkan rancangannya untuk berkahwin. Namun takdir Allah
sudah menentukannya dan lagi pun saya tidak berhak menahan bapa daripada
berkahwin lagi. Apa yang menjadi tanda tanya ialah bilakah agaknya bapa
akan berkahwin dengan mak cik yang sering membawa saya bersiar-siar
tersebut.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan