GURU TUISYEN
Pelajaran
saya di sekolah tidaklah sehebat kawan-kawan yang lain. Ini kerana
kelas saya adalah kelas percapaian rendah dan saya banyak bergaul dengan
murid-murid yang bukan Melayu. Saya terkadang-kadang berbangga sendiri
kerana ada ketika kelulusan saya lebih baik daripada kawan-kawan
sedarjah dengan saya. Sebagai seorang bapa yang mementingkan pendidikan,
bapa masih ingin mencarikan seorang guru untuk mengajar kami adik
beradik di rumah.
Secara
kebetulan, pada suatu hari kira-kira selepas waktu Maghrib, sedang kami
sekeluarga (kecuali bapa) berada di rumah duduk bersembang sambil
menonton TV, tiba-tiba tercegat di pintu seorang pemuda berketurunan
India memberi salam. Dia bertanyakan bapa saya. Abang Ngah dengan segera
menemuinya di pintu dan mempelawanya masuk. Pemuda itu masuk dan duduk
di sofa sambil menegur mama yang sedang mengait baju panas benang bulu.
Akhirnya
baru saya tahu tujuan sebenarnya pemuda itu bertemu dengan bapa, kerana
beliau peminat bapa dan ingin belajar menulis skrip. Kami mendapat tahu
mengenai perkara ini melalui Abang Ngah. Setelah beberapa minggu pemuda
itu datang ke rumah, barulah kami tahu rupa-rupanya beliau ialah
seorang guru bahasa Melayu di sekolah pemerintah. Kadang-kadang saya
kasihan melihat dia kerana terpaksa menunggu bapa sehingga lewat malam.
Boleh dikatakan dia hanya dapat bertemu bapa selepas kami semua masuk
tidur. Yang terpaksa menemaninya ialah Abang Ngah. Lama kelamaan kami
bertambah mesra dengan "Cikgu" itu, dan kami sering berbual, berjenaka
dan sering makan bersama dengan "Cikgu".
Pada suatu hari bapa memanggil kami semua. Normah, Betty, Armali anak Saloma dan saya. Bapa memberitahu kami, seorang guru sambilan akan menjadi "Tuition Teacher" kepada kami semua. Namanya "Cikgu Mat Nor". Soalan pertama yang saya tanya bapa ialah, "Guru tu garang ke tidak?" Bapa terus menjawab, "Guru tu penakut, tapi jangan engkau orang menambahkan ketakutannya pula, nanti dia tidak mahu mengajar engkau semua. Guru tu tak akan pukul engkau orang, kalau kau orang melawan atau tak mahu belajar. Engkau orang semua mesti hormat dia." Itulah pesanan serius bapa kepada kami.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan