BETUL ATAU TIDAK
Setelah
kematian bapa saya, bermacam-macam cerita yang saya dengar tentang
hubungan mereka dengan P.Ramlee. Ada juga peminat yang fanatik sehingga
apa sahaja yang dicakap orang mengenai P.Ramlee, jika tersilap atau tak
betul, maka mereka sanggup bertengkar dan menyalahkan orang itu, bagi
mereka seolah-olah P.Ramlee tidak pernah berbuat silap. Ada
sesetengahnya pula berani mengadakan perkara-perkara yang tidak masuk di
akal dan khurafat. Antara kisah yang pernah dikatakan kononnya kubur
P.Ramlee berasap dan macam-macam lagi perkara karut yang disebarkan.
Yang
paling mengejutkan saya ialah kononnya saya mempunyai seorang adik
bernama Arfan yang telah mengikut Junaidah pulang ke Jakarta. Saya cuba
mendapatkan pihak yang boleh mengesahkan sama ada perkara ini betul atau
tidak. Akhirnya saya dapat pengakuan daripada Pak Cik Salleh Ghani.
Katanya setelah Junaidah bercerai dengan P.Ramlee, Junaidah mengikut
beliau membuat persembahan bergerak bersama-sama rombongan bangsawan,
dan dia nampak Junaidah mengandung, jadi mustahil Afran itu anak
P.Ramlee. Wallahu'alam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan