CIKGU TUISYEN KEDUA CIKGU AZIZ
Cikgu
Mat Nor telah membawa seorang temannya Cikgu Aziz untuk membantunya
mengajar kami. Menurut Cikgu Mat Nor, Cikgu Aziz memang peminat bapa
saya dan dia tidak pernah bertemu muka dengan P.Ramlee, jadi Cikgu Mat
Nor membawanya untuk bertemu P.Ramlee dengan syarat dia turut menolong
mengajar kami. Cikgu Aziz merupakan seorang guru Ilmu Hisab (Matematik).
Kami
gembira dan mula belajar dengan rajin kerana ada dua orang guru. Cuma
Cikgu Aziz datang sekali sekala sahaja, sedangkan Cikgu Mat Nor seperti
biasa datang saban hari kerana masih belajar dengan bapa.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan