PERISTIWA TERKEJUT HANTU MENYEBABKAN GURU TUISYEN DEMAM SEMINGGU
Biasanya
setiap malam selepas kami makan, kami bersama Cikgu Mat Nor akan
berbual tentang cerita-cerita lama dan kadang-kadang kisah-kisah
pengalaman cikgu semasa kecil. Ketika itu, seorang pemuda bernama Ramli
Kecik, (kerana ada dua nama, Ramlee atau Ramli, di rumah kami yang
tinggal serumah). Ramli Kecik ini membantu kami di rumah dan bapa akan
menyuruhnya untuk membantu dalam apa sahaja yang bapa perlukan. Ramli
Kecik adalah bekas suami pelawak terkenal Norliah Ramli yang sekarang
ini dikenali sebagai Norliah Ghani.
Seorang
lagi pelakon tambahan di studio Jalan Ampas, yang sering datang ke
rumah ialah 'Mat Ceti'. Dia berasal dari Pulau Pinang. Dia sering diberi
peluang oleh bapa untuk berlakon memegang watak kecil. Dalam filem
Seniman Bujang Lapok, Mat Ceti berlakon sebagai mamak penjual batu
permata dan batu akik di tepi jalan ketika Sudin hendak menjual cincin
untuk mendapatkan wang agar P,Ramlee dapat berkahwin dengan Saloma. Mat
Ceti sering datang ke rumah kami ketika waktu maghrib. Beliau
kadang-kadang muncul secara tidak disedari di tingkap, dan dia selalu
bertanya "Ramlee ada?" dan apabila dijawab tak ada, beliau terus
beredar. Orangnya sederhana, suaranya halus dan pakaiannya tidak kemas.
Dia juga selalu berada di tanah perkuburan orang islam Bidadari di
Bartly Road, Singapura. Selain membantu membawa mayat untuk ditanam,
beliau juga sering membantu sebagai penggali kubur.
Pada suatu malam Jumaat, kira-kira jam tujuh malam, sedang kami bersama Cikgu Mat Nor dan Kak Joyah serta adik beradik kami yang lain berbual-bual dengan seronoknya sebelum bapa pulang, tiba-tiba Mat Ceti muncul di tingakp bertanyakan P.Ramlee. Kami terkejut, pembantu kami Abang Ngah terus memberitahu yang P.Ramlee tak ada dan dia pun terus beredar dari situ. Kami meneruskan perbualan kami, kira-kira setengah jam kemudian, tiba-tiba Ramli Kecik menjerit dan tidak semena-mena. Kami semua terkejut, dan Cikgu Mat Nor terus lari ke arah tangga untuk naik ke atas. Abang Ngah dengan segera memegang Ramli Kecik dan menyiram air ke mukanya. Seketika kemudian, keadaan menjadi tenang semula, Ramli Kecik sudah sedar. Semua yang berada di situ gugup dan tidak tahu mengapa secara tiba-tiba Ramli Kecik seprti dirasuk hantu.

Suasana
tenang kira-kira empat puluh minit, tiba-tiba dia memekik lagi dan
suasana menjadi kelam kabut semula. Abang Ngah terpaksa memegang
tangannya dan turut menyapukan air ke mukanya.Ketika inilah adik beradik
kami mula takut dan terus naik tidur. Cikgu Mat Nor dengan tidak
sabar-sabar lagi terus memberitahu dia hendak pulang, walaupun bapa saya
belum pulang. Dengan tergesa-gesa Cikgu Mat Nor terus pulang. Setelah
Ramli Kecik pulih dia disuruh tidur, dan kami juga turut tidur bersama.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan