BAGAIMANA PERISTIWA PERCERAIAN
Bapa
saya mengambil keputusan yang agak memeranjatkan untuk menceraikan
Noorizan. Saya masih ingat ketika dia marah dan mendiamkan diri, dia
memberitahu Noorizan, "Hari ini I nak ceraikan you, siap lekas."
Noorizan agak terkejut dan cuba memohon maaf. Bapa saya tidak
menghiraukannya. Noorizan meminta saya memujuk bapa saya, baru sahaja
saya nak sampaikan kata-kata Noorizan, "Daddy, Mami minta maaf". Dengan
suara yang keras dan amat marah dia menjawab, "Shut up you." Kemudian
dia menelefon Pak Yusof B, Pak Osman Ahmad dan beberapa orang yang dia
anggap sebagai penasihatnya. Kemudian kami terus ke studio Jalan Ampas,
dia membawa saya dan pakcik-pakcik yang lain untuk membuktikan apa yang
saya tahu.
Cuma
satu kata-kata bapa saya yang terakhir dia ucapkan pada Noorizan yang
masih saya ingat iaitu, "Noreh! you ingat tak, semasa I ambil you I
terpaksa menyembah you sebagai kerabat diraja, dan sekarang pun I akan
sembah you setelah I ceraikan you." Rupanya kata-kata itu bukan
gurauan, kerana setelah dia bercerai, dia masih mengambil Noorizan
untuk membawa watak sebagai Permaisuri Pasir Berdengung dalam filem
Laksamana Do Re Mi, dan di situlah dia mengangkat sembah kepada seorang
permaisuri di dalam cerita itu.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan