SAYA SENTIASA DI DALAM KESEMPITAN
Satu
tabiat saya susah nak berjimat, apa yang dapat cepat sangat habisnya.
Begitu juga dengan gaji bulanan, sekeja-sekejap sudah habis. Pada satu
hari, kerana saya kekurangan wang, sya meminta pinjam dari bapa sebanyak
tiga ribu ringgit sahaja, kerana ingin hendak membeli gitar baru yang
berharga kira-kira RM4800. Bapa saya tidak banyak soal, hanya dia
beritahu saya esok datangambil wang, saya pun terus pulang dengan hati
yang lega dan gembira kerana esoknya tentu saya dapat gitar baru yang
saya idam-idamkan.
Pada
keesokan harinya dengan hati lapang dan berharap sangat dengan wang
yang dijanjikan itu, saya pun terus ke rumah bapa saya. Saya memang
berharap sangat kerana janji yang telah dibuatnya. Sesampainya sahaja
saya di hadapan pintu rumah, dengan suara keras bapa saya terus memarahi
saya dan menyuruh saya mencari duit sendiri. Saya agak kebingungan,
semalam kata O.K, tetapi tiba-tiba hari ini macam singa garangnya,
tetapi saya masih mendiamkan diri, tak terkata sepatah pun. Seketika
itu, saya terus ke dalam dan mengadu kepada mama. mama meminta maaf
kerana bapa memarahi saya cara demikian, sebenarnya kata mama, "Bapa
Nasir tak ada duit". Setelah saya makan sapa pun terus keluar,
sesampainya saya di pintu, barulah saya lepaskan geram kepada bapa saya
dengan berkata, "Daddy, next time, kalau tak ada wang, jangan suruh
Nasir datang, jangan buang masa Nasir sahaja," Bapa menjawab dengan
meninggikan suaranya, "Aaa! Shut up you," Saya dengan cepat menjawab,
"You shut up, jangan jerit-jerit, I malu tau!" dengan tidak menoleh lagi
saya terus tinggalkan rumah.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan