RASA KESAL DAN SEDIH
Sejak
hari itu, saya tidak lagi datang ke rumah bapa saya, dan saya terus
bekerja, kerana merajuk. Pada satu malam, seorang pelayan tempat saya
bekerja datang, kerana itu saya dan rakan-rakan pemuzik sedang seronok
bermain muzik di atas pentas di Merlin Hotel. Pelayan itu memberitahu
yang dia ternampak bapa saya bersama kawan-kawannya sedang makan dan
minum. Dengan serta merta saya memberi tahu pelayan itu, "Bilnya bawa ke
sini, biar saya yang membayarnya". Walau bagaimanapun saya kecewa dan
marah kepadanya, tetapi malam itu saya berasa bangga kerana dia dapat
melihat anaknya bermain muzik di situ. Di sinilah timbul rasa sedih dan
kesal dengan perbuatan saya yang lalu.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan