KUGIRAN BEN PUTEH - LIMA MERDU
Pada
awal tahun 70an, saya mula bekerja sama-sama dengan anak-anak Booty
(Kasmah Booty). Kumpulan Booty Boys ini membuat pertunjukan di
pesta-pesta (fun fairs) di seluruh negara. Saya bersama kumpulan itu
menjelajah ke seluruh Malaysia. Setibanya saya di Kuantan, kebetulan
P.Ramlee dan Saloma ada sebagai artis jemputan, jadi kumpulan saya
terpaksa mengiringi lagu-lagu nyanyian mereka. Setelah habis
persembahan, bapa saya memanggil saya dan memberitahu,"Nasir pulang ke
Kuala Lumpur, di sana ada kelab yang hendakkan band." Kumpulan Booty
Boys ini diketuai sendiri oleh Pak Booty. Dengan kumpulan ini pun saya
tidak kekal lama. Kadang-kadang saya terfikir "Siapa yang tak betul,
kumpulan ke atau diri saya?" Selepas itu saya beralih pula dengan
kumpulan Pak Kojong (bapa kepada Yusni Jaafar). Ketika itu saya mendapat
hanya RM30, makan minum ditanggung oleh Pak Kojong. Di dalam kumpulan
ini kita banyak memainkan lagu-lagu Inggeris dan kumpulan ini sangat
digemari ramai. Dalam kumpulan ini selain saya bermain alat muzik, saya
juga berlawak, dan berlakon.
Akhirnya saya pulang ke Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kelab malam di bangunan MARA. Kumpulan ini ialah kumpulan yang ditubuhkan oleh bapa sendiri dengan nama "Ben Puteh Lima Merdu". Saya agak tidak selesa dengan kumpulan itu, kerana lagu-lagu yang mereka dendangkan kebanyakannya adalah lagu-lagu lama, bukan lagu-lagu terkini, dan ini yang menyebabkan saya tidak berminat. Saya sendiri ketika itu dengan rambut panjang hingga ke bahu, sedangkan yang lain berambut pendek malah ada yang tidak mempunyai rambut. Saya memang mengikut perkembangan muzik dan sezaman dengan saya. Saya juga kurang senang kerana ahli-ahli kumpulannya semua tua-tua, sebaya dengan usia bapa saya. Saya hanya dapat bekerja dengan kumpulan bapa saya hanya untuk dua minggu sahaja. Akhirnya saya sendiri menubuhkan kumpulan yang saya namakan "Ben Ramlee". Saya bermain "side by side" dengan bapa saya, kerana dia juga turut serta dalam kumpulan itu. Dia bermain lagu-lagu evergreen sementara saya pula dengan lagu-lagu disko yang agak bising bunyinya.
Setelah sebulan kami bekerja di kelab itu, kami masih belum mendapat gaji. Pengurus kelab tersebut tidak mahu membayar gaji kami dan inilah menyebabkan bapa saya marah dan memberi amaran kepada pengurus itu. Akhirnya pengurus terpaksa membayar gaji kami, tetapi hanya separuh sahaja. Sejak dari hari itu saya mula bergaul dengan berbagai-bagai kumpulan dan akhirnya saya mendapat tawaran bermain di Merlin Hotel. Hendak dijadikan cerita, pada satu hari sahabat saya pemuxik terkenal Ahmad Wan Yet datang ke rumah kami, kebetulan Ahmad Wan Yet sedang mencari seorang pemain bass untuk bermain di Hotel Merlin. Bapa saya pula dengan yakin telah merekemenkan saya untuk bekerja dengan Ahmad Wan Yet. Pada mulanya saya dapat melihat yang Ahmad Wan Yet seolah-olah tidak mempercayai kebolehan saya, tetapi kerana dia kawan bapa saya, mungkin dia terpaksa mengambil saya. Dia biasa bekerja dengan bbapa saya semasa di studio Jalan Ampas. Pada mulanya saya merasa gementar, maklumlah sebuah hotel besar dan terkenal, takut-takut tak diterimanya, tetapi saya cekalkan hati. Pada jam dua petang dengan ditemani bapa saya dengan mama Saloma, kami terus pergi dengan temu duga dengan membawa gitar sendiri. Sesampainya kami, saya nampak Ahmad Wan Yet sedang menunggu kami dengan muzik-muzik yang lain, Dengan tidak berlengah, saya diberi beberapa muzik sheet dan kami pun bermain lagu-lagu itu. Dalam hati berkata, "Ai, senang betul lagu ini" tak ada masalah. Saya beruntung kerana boleh membaca nota-nota muzik secara profesional. Setelah itu kami duduk di Coffee House untuk berbincang.

Dan
akhirnya saya diterima bekerja di tempat itu. Pada tahun 1971
bermulalah kisah hidup saya sebagai pemain muzik di hotel terkenal
Merlin dengan gaji sebanyak RM1500. Saya diberi bilik untuk tinggal
sementara di hotel itu. Cuba bayangkan ketika itu seribu lima ratus
ringgit memang amat lumayan dan dapat tinggal di hotel tanpa bayaran
pula. Gaji pertama yang saya terima, saya beri sebagai hadiah kepada
bapa sebanyak RM50, dan kepada mama juga sebanyak RM50. Kemudian saya
mengajak mereka semua makan di luar. Kepada adik-adik saya beri RM10
seorang dan manakala nenek yang bekerja di rumah saya beri RM20. Wah
bukan main bangga sekali bapa saya ketika itu, habis diceritakan kepada
semua kawan-kawan di studio. Maklumlah anak pertama dan gaji pertama
diberi kepadanya. Sejak dari hari itu saya bekerja dengan tekun,
sehingga mendapat gelaran pemain muzik muda yang terbaik. Sekiranya ada
artis-artis atau pemuzik-pemuzik dari laur datang, penganjur akan
mencari saya untuk menjadi pemuzik iringan. Ketika bekerja di hotel
tersebut, saya mendapat sebuah bilik, dan jika kepingin hendak makan
masakan nenek, saya akan pulang ke rumah.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan