ISTERI DAN ANAK-ANAK SAYA
Apa
yang berlaku di dalam hidup seseorang itu adalah penentuan Allah, kita
sebagai manusia hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan
segalanya. Jadi kita terpaksa menerima hakikat ini dan bersedia
menghadapi apa sahaja cabaran yang penting kita harus jujur dalam
menjalani kehidupan. Bapa saya berkahwin sebanyak tiga kali, isteri
pertamanya, Junaidah ibu kandung saya, kedua ialah Noorizan dan yang
terakhir ialah Saloma. Beliau hanya mempunyai anak tunggal iaitu saya,
hasil perkongsian hidupnya dengan Junaidah. P.Ramlee tidak mempunyai
anak kandung selain daripada saya, tetapi P.Ramlee mempunyai ramai
anak-anak angkatnya, seperti Normah, Betty, Sazali, dan Sabaruddin
(Badin), manakala anak tunggal Saloma dengan A.R.Tompel ialah Armali,
sementara Dian adalah anak angkat Saloma.
Setelah
bapa saya kembali ke rahmatullah, dan diikuti pula oleh Saloma, maka
hidup kami pun mulalah terpisah. Masing-masing membawa hala tuju
sendiri. Sazali berkahwin dan hidup dengan caranya yang tersendiri,
Normah dan Betty pula menghilangkan diri entah ke mana saya pun tidak
tahu. Sementara Badin atau Sabaruddin juga entah ke mana, puas dicari
tetapi tidak berjumpa. Armali, anak Saloma telah meninggal dunia dan
kini hanya Dian yang sering kita lihat dikaca televisyen, kerana beliau
mengikut jejak Saloma menjadi seorang pelakon dengan menggunakan nama
Dian P.Ramlee. Saya juga telah berkahwin sebanyak tiga kali. Majlis
perkahwinan pertama saya dengan Mariati Abdul Rahman, tidak direstui
oleh bapa saya, dan hasil perkongsian hidup itu saya dikurniakan tiga
orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan