NASIB TUAH MENDATANG
Ini
adalah satu peristiwa yang datang tanpa dirancang dan semuanya adalah
dengan kehendak yang maha berkuasa. Peristiwa ini menjadi satu kenangan
manis bagi saya, isteri anak-anak. Ketika saya anak beranak mengahrungi
lautan kesusahan dan kesempitan untuk menyara hidup anak isteri,
tiba-tiba pada satu saat datang undangan untuk saya ke majlis makan
malam yang agak berprestij kerana di dalam majlis itu terdapat ramai
para jemputan orang-orang kenamaan, termasuk Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato
dan tidak ketinggalan pemimpin negara seperti bekas Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya pula duduk di meja makan bukan
VIP, hanya bersama orang-orang biasa saja. Kebetulan juga meja kami
berhampiran dengan laluan mereka yang pergi ke bilik air. Sedang kami
asyik menjamu selera, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
ketika itu tiba-tiba menghampiri saya. Dalam pertemuan ringkas yang
tidak lebih sepuluh minit itu, beliau sempat bertanya khabar kepada
saya, dan dengan gaya loghat Kedah, beliau bertanya, "Apa you buat
sekarang?" dan saya dengan penuh hormat menjawab, "Tak buat apa-apa
Dato', hanya berjualan buah-buah dan nasi lemak di tepi jalan berdekatan
rumah saya, itu pun kadang-kadang DBKL datang melarangnya", Dato Seri
Dr Mahathir dengan tersenyum berkata, "Tentulah, salah jual tepi jalan,
tak ada lesen." Kemudian beliau berkata lagi, "Tak ada orag beritahu
pun," dan saya hanya ketawa sahaja. Kemudian beliau pun beredar. Di
dalam hati ini berkata, "Mudah-mudahan Dato Seri dapat memahami keadaan
kehidupan saya kini."
Perkara itu berlalu hampir dua minggu tanpa sebarang berita, tindakan atau simpati dari mana-mana pihak. Tiba-tiba pada suatu hari saya dipanggil oleh YB Dato' Sheikh Fadzir, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan ketika itu untuk ke Kementeriannya. Saya dengan tidak membuang masa, terus pergi menemuinya di pejabatnya. Bersyukur Alhamdulillah, rupa-rupanya ada pihak yang bersimpati dengan keadaan saya ketika itu. Akhirnya saya diberi satu jawatan khas di bawah Kementerian itu melalui Istana Budaya. Jawatan saya ialah sebagai Penyelaras Kombo Istana Budaya. Maka saya menerima dengan penuh senang hati dan bermulalah tugas saya di Istana Budaya. Sejak hari itu saya tidak pernah melupakan jasa baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Perlancongan Malaysia, Dato' Sheikh Fadzir, kerana kedua-dua mereka telah memberi saya satu nafas baru dalam melangkah ke arena yang baru untuk saya. Budi dan jasa mereka akan tersemat di hati sehingga ke akhir saya.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee

Tiada ulasan:
Catat Ulasan