PAK YUSOF B DENGAN AIR PENAWARNYA
Hampir
seminggu Cikgu Mat Nor tak datang, dan bapa saya menasihatkannya supaya
berjumpa Pak Yusof B. Di rumah, bapa sendiri membuat air penawar dengan
membacakan ayat-ayat Al Quran dan kami disuruh meminumnya. Pak Yusof B
juga datang ke rumah kami untuk membantu agar Ramli Kecik tidak diganggu
lagi.
Apabila
Cikgu Mat Nor datang semula, bapa saya berkata kepadanya," Jangan
takut, abang dah halau hantu-hantu Mat Ceti tu. Engkau orang ni semua
autalah, jangan-jangan dalam badan engkau orang ini semua ada hantu
tak?" Kami semua ketawa, terutama kepada Cikgu Mat Nor, kerana
sekejap-kejap matanya asyik tengok Ramli Kecik sahaja. Ramli
memberitahunya,"Jangan takut, aku tak pekik lagilah Nor."
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan