BERTIKAM LIDAH KERANA LAGU
Saya
dan bapa kalau berbual sering berbahasa Inggeris, memang sudah menjadi
kebiasaan sejak di Singapura lagi. Tetapi kalau berbahasa Melayu cara
Singapura, kami akan menggunakan "Gua" dan "Lu". Pada satu hari sedang
kami berbual-bual kosong, saya menyindirnya dengan berkata, "Kenapa Lu
suka buat lagu bertemakan cinta, nama perempuan, nama-nama bunga? Gua
tak minatlah". Tiba-tiba dia naik radang dan meninggikan suaranya.
"Kalau Lu nak tahu ada tiga sebab: Pertama Gua punya suka, kedua Lulah
anak yang tak guna, yang tak menghargai ciptaan bapa sendiri. Yang
ketiga kalau Gua nanti mati, barulah Lu tahu betapa klasiknya ciptaan
lagu-lagu P.Ramlee, apa punya anak, berjuta orang suka lagu aku, anak
sendiri pula mencerca kita".
Memang
betul kata-kata bapa saya. Sekarang apabila saya membuat semula atau
menyusun semula lagu-lagu ciptannya, barulah saya sedar akan keunikannya
lagu-lagu ciptaan beliau. Melodinya sungguh merdu, sehingga menusuk
kalbu, gubahan dan "chord-chordnya" pula sangat advance adakala chord
yang digunakan dulu sehingga hari ini kita pakai. "P.Ramlee, Lu
betul-betul handal, Gua tabik Lu!"
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan