BELAJAR NYANYI SECARA HARMONI
Ketika
di Singapura bapa saya melatih beberapa rakan rapatnya seperti Ahmad C,
Ahmad Daud dan Saloma dalam nyanyian secara "Harmoni". Ini terbukti
dengan tertubuhnya kumpulan Panca Sitara. Mereka semua memang boleh
menyanyi secara profesional. Sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur,
beliau tidak mempunyai ramai penyanyi yang boleh bersamanya berlatih
menyanyi dengan suara harmoni. Dia agak garang dan tegas apabila
mengajar menyanyi. lebih-lebih lagi dengan suara harmoni, dia mahu semua
sempurna. Saya biasanya bermain bass besar manakala Daddy pula bermain
piano.
Sewaktu
Mama menyanyi solo, saya dan Daddy akan menyanyi suara dua dan tiga
secara harmoni. Kami biasanya berlatih sebelum rakaman dibuat. Saya
sering mmbuat salah, kerana ketika itu saya belum terlatih dengan
menyanyi secara harmoni, lebih-lebih lagi waktu itu tumpuan saya asyik
ingat hendak main sahaja, tidak serius terhadap latihan tersebut. Daddy
sering mendenda saya jika saya membuat salah. Dendanya agak ringan, sama
ada mencuci dua buah kereta, atau dikurung dalam bilik, dan yang paling
saya tidak gemar ialah bila disuruh memijak badannya. Mahu tidak mahu
terpaksalah saya menurut apa yang disuruhnya. Kalau di Studio Merdeka
dia akan mendapatkan beberapa penyanyi yang tidak begitu profesional
untuk dilatih bernyanyi harmoni, kerana itulah dia tidak banyak
menghasilkan lagu-lagu yang berbentuk demikian seperti ketika beliau di
Singapura dengan kumpulan Panca Sitaranya.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan