PERCERAIAN BERLAKU DI MACPHERSON ROAD
Satu
peristiwa yang amat menyedihkan dalam hidup saya apabila bapa saya
berpisah dengan ibu tiri saya yang amat saya sayangi, Noorizan. Saya
sendiri tidak mengetahui secara jelas tentang punca perpisahan tersebut,
malah saya dan adik-adik semua agak terkejut dan terasa bagaikan mimpi
bila ianya berlaku, pada hal mereka saling mengasihi dan menyintai
antara satu sama lain, tetapi mengapa perkara ini berlaku, hanya Allah
sahaja yang tahu. Setelah saya dewasa, saya mendapat tahu dari
sumber-sumber dan kawan-kawan bapa saya yang boleh dipercayai,
mengatakan ada pihak ketiga yang membuat angkara di dalam keharmonian
rumah tangga bapa saya, betul atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu di
mana kebenarannya, pada saya, "Bertepuk tangan sebelah tidak akan
berbunyi".
Setelah
bercerai, bapa saya pada mulanya agak muram, sedih dan seolah-olah
kesal dengan perbuatan yang dilakukan oleh Noorizan. Pernah saya
bertanya kepadanya, "Daddy,mengapa mami sanggup meninggalkan Daddy?" dia
menjawab dengan tenang sambil memandang muka saya, "Nasir belum tahu
erti hidup, salah dan silap, Allah sahaja yang boleh memaafkan, selain
daripada manusia itu sendiri memaafkannya" dan saya hanya menundukkan
kepala sahaja. Walaupun mereka dah bercerai,namun hubungan saya dengan
Noorizan masih baik dan kami sering bertanyakan khabar.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan