PENGHARGAAN KEPADA POS MALAYSIA
Saya
amat menghargai pihak Pos Malaysia kerana menjadikan bapa saya bukan
sahaja diingati oleh peminat, malah sekali lagi menerima penghormatan
daripada Kerajaan Malaysia. Cara Pos Malaysia saya junjung tinggi,
apabila mereka meminta izin daripada saya, saya tidak boleh halang,
memang P.Ramlee bapa saya, tetapi karyanya kepunyaan semua orang. Orang
yang amat saya hargai ialah Tan Sri Ahmad Sarji yang mengesahkan bahawa
P.Ramlee akan dijadikan sebagai seniman pertama mendapat penghormatan
daripada kerajaan untuk diabadikan dalam bentuk setem. Setakat ini hanya
beberapa orang individu sahaja yang pernah meminta izin saya untuk
menulis buku tentang bapa saya dan saya tidak membantahnya. Namun
terdapat juga buku yang sudah siap, dipasarkan dan banyak pula
ceritanya, tetapi saya sendiri tidak ditemuramah, malah minta izin jauh
sekali.
SUMBER: Allahyarham Nasir P.Ramlee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan